Assalamualaikum dan salam blog untuk yayang semua..>__^v

Jom Bercuti Ke Sabah


Assalamualaikum n salam sejahtera... Lama tak tanya khabar korang.. tiba2 rasa kekok pula nak menaip..Thank you sebab masih mengikuti saya.. 
Kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua, tempat2 yg menarik di Sabah. Alhamduillah.. Hampir 3 tahun saya menetap di Sabah untuk melanjutkan pelajaran di UMS, Sabah.. bidang yang saya ambil di U mengizinkan saya untuk meneroka seluruh sabah dalam kajian2 yang pernah kami lakukan.. Buat sementara ni ada 2 tempat lagi belum sampai iaitu, Sandakan dan Labuan,. HiHi..

SIMPANG MENGAYAU (TIP OF BORNEO)
  • Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Simpang Mangazou (Kaum Rungus)
  • Dikenali sebagai Tip of Borneo 
  • Bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia.
  • Merupakan titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
  • Tanjung ini telah dibangunkan sebagai tarikan pelancong. 
  • Sebuah taman berbentuk persegi telah dibina dengan meletakkan tiang bendera Malaysia dan glob gangsa besar.
  • Glob gangsa menandakan lokasi Tanjung Simpang Mengayau di latitud 7 darjah utara dan longitud 116 darjah timur dengan peta yang memaparkan pulau Borneo adalah timbul dan diletakkan di atas permukaan yang rata pada sudut dengan tulisan untuk menandakan Peta Borneo. 
  • Tanjung Sampang Mengayau juga menghidangkan panorama yang indah ketika matahari mula naik dan matahari tenggelam kepada pelancong.

Baru Balik daripada buat kajian (2015)




Permandangan daripada belakang Chalet Merrimas Villa
















KUNDASANG

Dekat kundasang ni ada banyak tempat2 yang menarik seperti, Desa Dairy Farm, Kinabalu Park, Kolam Air Panas (PORING), Ladang Teh Sabah, Tagal Luanti Sungai Moroli (Spa Ikan di Sungai Moroli), Cinta Hati Mesilau dan Macam2 Lagi.... Best wooooo!!! Gerenti Puas Hati.... Kalau nak tahu lebih lagi Jom Klik Sini ...

Desa Dairy Farm



Kinabalu Park (kaki gunung kinabalu woooo....)

Nampak tak depan kami tu... Hihi Gunung Kinabalu....







































KINABATANGAN

Kinabatangan merupakan kawasan kajian yang tak akan pernah saya lupa... Sangat2 best... 2 kajian yang saya telah jalankan disana iaitu Adat Berpantang Bagi Masyarakat Sungai dan Sosiologi Perlancongan.. Saya tinggal bersama keluarga angkat di Kampung Bilit, Kinabatangan.. Dekat sana ada banyak homestay disana dan harga yang amat berpatutan.. Ada banyak aktiviti percutian disana seperti River cruise, Jungle Tracking, Malam kebudayaan n yang paling best, dekat sana harga udang besar2 murah gilerrrr..... Nak kesana jangan lupa singgah 2 tempat ni iaitu Gua Gomantong dan Gua Batu Tulung...



Kampung Bilit Kinabatangan Sabah



Pose Jap sebelum naik Boat...ahaha


Masuk Gua Gomantong Jap...


Banyak Sarang Burung Layang2

EH2... Terkejut kita... Terjumpa pula orang utan


Permandangan dalam Gua Gomantong
Acehhh.... Pose jap dengan Keranda di Gua Batu Tulung

Keranda yang dipercayai beribu2 tahun dahulu di Gua Batu Tulung















MAKAN STEAMBOAT DI KOTA KINABALU

Ni pekara yang paling best kalau dapat jalan- jalan cari makan.. Di sabah ni ada banyak tempat yang boleh makan - makanan laut..,. Harga pun serious berpatutan...memang korang akan puas hati sebab akan turut disajikan dengan permandangan laut pada waktu malam... Tempat yang saya selalu pilih Tanjung Lipat Teluk Likas sebab dekat dengan tempat tinggal saya... Harga pun berpatutan sangat..sedap wooooo...

Makan2 dengan kawan2...Abaikan je yg diatas meja tu..haha

Terliur Tak....ahahaha....

Kalau yang honeymoon tu sesuai dtg sini...romantikkk..hihi

Permandangan tepi pantai waktu terbenamnya matahari




















































PULAU DI SABAH

Kalau nak cakap pulau di sabah ni, memang banyak.....Kalau nak pilih untuk bercuti memang pening untuk memilih sebab semuanya cantik....Rambang mata ni.. Actually saya tak berapa suka bercuti di pulau sebab kulit saya sensitif tapi sejak bercuti pulau di sabah, saya dah tak kesah tentang kulit saya....ahahaha... Jom Klik Sini...kalau nak tahu percutian pulau yang menarik..

Pose jap di Pulau Manukan 


Pulau Manukan

Pulau Mabul
Pulau Sapi

Post a Comment